Pantun
( nasihat )
Berjalan-jalan ke rumah
Marlia,
Kaki lenguh tidak terasa;
Kalau mahu dipandang
mulia,
Hendak baik budi bahasa.
Masak lemak pucuk paku,
Makan selepas mengaji;
Kalau silap cepat mengaku,
Itulah sikap yang terpuji.
Kalau pergi ke rumah
Mamat,
Jangan lupa ajak Jusuh;
Kalau mahu hidup selamat,
Jangan suka mencari musuh.
Kalau pergi ke kebun
kelapa,
Jangan lupa membawa raga;
Jikalau berjaya jangan
lupa,
Kepada orang tua dan
keluarga.
Pantun
(Teka-teki)
Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.
Jatuh kolam baju basah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.
Matahari terbit sudahlah tinggi,
Itulah tanda sudah dinihari,
Selalu dipakai di bawah kaki,
Untuk berjalan dan juga berlari.
Itulah tanda sudah dinihari,
Selalu dipakai di bawah kaki,
Untuk berjalan dan juga berlari.
Warna biru cantik menawan,
Warna merah warna kegemaran.
Semasa kecil menjadi kawan,
Sudah besar menjadi lawan.
Warna merah warna kegemaran.
Semasa kecil menjadi kawan,
Sudah besar menjadi lawan.
Syair
Pagi hening subuh jernih,
Berbunyi ayam berkokok,
Membangun yang tidur,
Mengajak untuk bekerja.
Pagi hening subuh jernih,
Ayah dan ibu terus mandi,
Badan sihat dan bersih,
Janganlah tidur lagi.
Pagi hening subuh jernih,
Ayam pun berkokok,
Terasa siang datang menyuluh,
Kita hadapi dengan gembira.
Dialog
Doktor gigi : Sudah berapa lama gigi awak sakit ?
Affan :
Baru semalam doctor.Gigi saya berlubang.
Doktor gigi
:
Baiklah.Biar saya periksa gigi awak.
Affan :
Doktor,saya harap gigi saya dapat dicabut hari ini juga. Saya sudah
tidak tahan lagi.
Doktor gigi : Sabar.Saya nampak gusi awak bengkak,tentu
ada nanah didalamnya.
Kalau saya terus
mencabutnya,nanti lebih sakit.
Affan :
Apa maksud doktor ?
Doktor gigi : Saya fikir lebih baik gigi awak dicabut
selepas nanah dan sakitnya
hilang.
Affan :
Jadi,apa perlu saya buat sekarang ?
Doktor gigi : Saya akan beri awak ubat penahan
sakit.Selepas seminggu
datanglah berjumpa saya
semula.
Affan
:
Baiklah.Terima kasih,doktor.
Petikan
( fakta )
Cahaya adalah satu bentuk tenaga.Matahari
ialah punca cahaya yang utama.Pada waktu siang bumi menerima cahaya daripada
matahari.
Cahaya
bergerak lebih laju daripada bunyi.Cahaya bergerak dalam semua arah,ia bergerak
lurus dan tidak boleh bengkang-bengkok. Cahaya boleh di pantulkan atau
dibalikkan.Pantulan cahaya bergantung kepada keadaan permukaan objek.Permukaan
yang rata dan berkilat dapat memantulkan cahaya dengan lebih terang. Manakala
permukaan yang tidak rata dan kasar memantulkan cahaya secara berselerak
Seringkali
kita melihat pelangi ketika hujan gerimis.Hal ini berlaku kerana cahaya
tersebar kepada tujuh komponen
warnanya.Warna-warna tersebut ialah merah,oren,kuning,hijau,biru.indigo,dan
ungu.
Petikan
( cerita )
Yusri adalah anak yatim piatu yang tinggal
bersama datuknya.Kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia.Yusri menjadi
cucu kesayangan Tuk Jinjang. Segala kemahuan Yusri selalu dituruti.
Pada
suatu hari,Yusri hendak bersampan.Walaupun dia tidak tahu mengayuh sampan dia
tetap berdegil.Datuknya tidak berupaya melarangnya.Yusri pun mengajak Jani dan
Talib ke sungai dan bersampan.Mereka bersampan sambil ketawa.Tiba-tiba Talib
ternampak seekor buaya timbul di permukaan air.Mereka segera mengayuh ke
tepi.Buaya itu semakin menghampiri mereka.Sebaik sahaja mereka naik ke tebing,
buaya itu melibas sampan mereka.Mereka terjerit-jerit. Orang kampung yang
terdengar jeritan mereka,bergegas ke tepi sungai.Mereka terkejut apabila
ternampak seekor buaya yang besar di dalam sungai.Buaya itu menghilangkan diri
di dalam air sebaik sahaja melihat penduduk kampung.
Sejak
hari itu Yusri dan kawan-kawannya takut hendak bersampan lagi.
Petikan
(Autobiografi)
Aku tinggal di dalam laut. Badanku sangat keras. Aku
sangat kuat berenang. Aku dapat berenang beribu-ribu kilometer jauhnya. Apabila
aku berasa jemu tinggal di laut, aku bersiar-siar di daratan. Aku tidak boleh
duduk lama di daratan. Badanku akan menjadi lemah.
Pada suatu hari aku singgah di
sebuah pantai. Suasana di pantai itu sungguh nyaman. Pemandangannya sungguh
indah. Pasirnya sungguh halus dan bersih. Aku pun mengorek lubang. Selepas itu
aku pun bertelur. Ketika itu beberapa orang datang untuk melihat aku bertelur.
Aku berasa sangat malu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku bertelur dengan
banyaknya. Selepas bertelur aku menimbus lubang itu dengan pasir. Tujuan aku
berbuat demikian kerana hendak menyembunyikan telur-telurku. Setelah itu aku
pun meninggalkan pantai itu.
Sebaik saja aku meninggalkan pantai
itu, orang-orang yang datang melihatku tadi mengambil telur-telurku untuk
dijual. Aku berasa sangat sedih kerana kaum aku semakin pupus akibat daripada
sikap manusia.
Petikan
(Pengumuman)
Murid-murid sekalian,
Pada 18 Jun 2012
pihak sekolah akan menganjurkan peraduan melukis bersempena dengan Kempen Alam
Ceria. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk menyemaikan semangat cinta
akan alam sekitar. Peraduan ini terbuka kepada murid-murid Tahun Dua hingga
Tahun Lima.
2.
Murid-murid dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
(a) Kategori A – Murid Tahun
Dua dan Tahun Tiga
(b) Kategori B – Murid Tahun
Empat dan Tahun Lima
3.
Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta harus membawa peralatan melukis sendiri.
Lukisan yang dihasilkan haruslah berkaitan dengan alam sekitar. Murid-murid
yang berminat, silalah mendaftarkan nama kepada Cikgu Fauziah sebelum 13 Jun
2012.
Yang menjalankan tugas,
(CIK SARJIT KAUR)
Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan Taman
Seri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan